Sunday, April 8

Setiap SABTU yang ditunggu


Hi All..

Sementara tunggu ABPBH japgi D hupdate belogg lagii.. Teehee~ Tetiba je rajen hupdate sampai En. Heartbeats pun tertanya2 ;p Mcm lah D ni lazybumm sangat kan? *Sila katakan tidakk! Terima kaseh! :) Berbulan lamanya D tak hupdate dah bersawang dah blog ni.. :) So guys be prepared for diarrhea of posts & pics lah kan cOz after this banyak lagi yang D akan hupdate! Tanak diarrhea jangan stalk saya ye? ;p Tak sapal-sapal kuar statement perasan!


Kenapa D letak title macam tu? Dah bole jadik tajuk drama malam minggu kan? :) Actually memang D sentiasa  menantikan SABTU setiap minggu taw? *Tataw lah En. Heartbeats tu ternanti2 ke tak kan? ;p Coz bukan hari Sabtu memang agak susah lah nak meet En. Heartbeats ni cOz masing-masing keja kan? But fer me DISTANCE means sO little, when sOmeone means sO much 

Semalam kitorang meet like always, pas keja Haziq datang pick up D kat umah.. Then terus pegii makan Laksa Uncle @ PJ (kat food court tepi Digital Mall).. Terlupa nak snap pics laksa semalam :D Sampai2 je laksa depan mata terus ngapp tanpa banyak bunyi.. *Korang bayangkan lah kesedapan laksa tu sendiri kalau dah tahap cenggitu skali kan? ;p Tambah2 kena laksa dgn lai chee kang.. Perghhh~ Over tak pasal-pasal plak ;p

Then gerak pergi E@Curve pula, ini dah jadi tempat harus kitorang setiap kali meet.. Hee~ Tataw kenapa both of us suke pegii sane.. Sesampainya kat sana, harus pekena Smoothie Ice Blended @Ice Age! Mine is Blue Coral & Vanilla fer him plus double black Pearl.. Okayyy, black pearl itu feveret! Siap Haziq punye pun D curik.. Tapi D punye? Jgn harap lah nak dapat rase pun ;p Btw, si dia sangat kedekut sangat D abeskan pearl dia.. *Eyh eyh, tapi D yg tak bagi die rase langsung.. Sape yg kedeks sebenarnya? Pura-pura confuse! ;p*
  
Okayyy, time ni Ice Blended dah hampir licin! ;p
Both memang suke masuk Toy R Us, ronda2 tgk mainan then menggila camni lah gayanye :))
D sangatsangat menyayangi dirinya cOz kitorang sekepala..
Bile dgn Haziq, D bole jadik diri D sendiri..Tak perlu susah2 jadik diri orang laen.. Teehee~ 
*Kenape terasa mcm skema gila ayat cenggitu? ;p

Then menemani En Heartbeats dinner kat The Manhattan Fish Market coz Haziq kate dia teringin nak makan kat situ.. So memandangkan kitorang memang tak penah try MFM lagi, D pun agree je :) 
Teehee~ Air je dah 3 padahal 2 org makan je ;p
Coz My Haziq ni teringin Blue Lagoon(kiri), nampak mcm sedap katanye ;p\

Caesar Salad fer starter! :) 

Baked Mediterranean Rice kepunyaan En. Heartbeats! :) Yang ni D rasa nasi dia je.. Ikan dia tak try pun cOz D tgk macam kurang gemar je.. Komen si tuan punya makanan? Okayy lah, tapi i prefer Tony Roma's jugak cOz BMR ni rasa dia sangat PLAIN! Mcm makanan kat hospital.. Lols~ :D *Tapi kan? Licin jugak lah ;p

 
Seafood Olio ini saya yang punya! Muahaha~ *Bersuara ala2 jin cite Ahmad Albab! ;p
Rasa dia? OkayOkay lah, tade lah tak sedap sangat pun :)

Okay, dalam byk2 makanan yang ini paling sedappp~! :D Fries Cheese
Cheese dia? Walaoweyhh~ Sangat cheese.. *Ape makna sangat cheese? D pun tataw camne nak explain rase die.. :) Korang try lah sendiri..

Lepas makan, rasa macam tak larat jalan dah :D Kan best kalau berat D 20kg je, tak larat jalan boleh suh orang dukung.. Muahaha~ 

Otw balek dari Curve menyinggah lah plak kitorang kat Uptown Damansara :) Awal lagi kott at that time, around 8.30 maybe? Kedai pun tak ramai lagii, jejalan kejap je.. Then terpandang mainan utk si Pengubat Hati so Papa die lah yang belikan :) Thanks papa! ♥ Tetiba macam teringin nak pakai jersey sempena Euro 2o12 tak lama lagi, masa D gtaw En. Heartbeats tuh dia sangatsangat lah berbesar hati tambahan plak dengar D nak pakai jersey team kesayangan dia, GERMANY tu.. sO dah takde jersey kat Damansara tu, dia ajak pergi Uptown Shah Alam plak :) Lols~ Kelakar pun ada, tak pernah2 D nak pakai jersey.. Memang sangat2 buang tebiat! ;p

This is my second time sampai kat Uptown SA ni.. Orang ramai gile macam pergi pesta Penang je D rasa ;p So tujuan utama memang nak carik jersey GERMANY juga sampai jumpa.. Kebetulan En. Heartbeats terpandang jersey Germany Away.. So, memang beli sekali gus lah ;p 
Away untuk si dia cOz dia dah ade home :) 
Home utk saya saya saya! :D

Thanks fer the jersey sayangg~!! Luv u moar :))

*Naseb badan la malam ni tak dapat tgk Aaron Aziz  T__________T Penat2 je tunggu dari pagi, tetiba abah balek tgk bola.. Kalu abah dah pegang remote, memang harapan lah nak dapat watch ABPBH kat tv.. Takpe Aaron, saya sentiasa menyokong awak walaupun hanya dari jauh.. Perghh~!! Asal hupdate blog je nak kena mention nama AA je ari ni.. Muahaha~ ;p Tengok online je, lembab nak mampus.. Keja nak buffering je -_-

Yeahh~!! Blog saya masih HIDUP

Assalammualaikum && Heyya All.. *Bajet mcm ade je lagi org follow kan? :D

Setelah sekian lama menyepikan diri tetiba D terasa macam nak start hupdate balek.. Tataw lah brape lama je bertahan feeling nak hupdate blog ni kan? Muahaha! *Gelak tak confident pada diri sendiri ;p Life sekarang terasa sangat amat busyyyyy.. T__________T Tetiap ari balek keje pun lambat then rush pegy kelas lagi, lagi && lagi.. Bile lah bole nak tinggalkan kolej kesayangann, sayanggg lah sangat KONON! Poodahh~ ;p

Bile tibanya ari Sabtu baru lah dapat habiskan mase dgn my Heartbeats, kalau tak Sabtu memang harapan lah coz slalunya Ahad memang D duduk umah je.. Melayan kerenah Si Pengubat Hatii sorang ni :) Makin besar, makin banyak lah ragam dia kan? Itu ini, dah pandai mengajar D plak.. ;p

Blablabla~ Dah tataw nak bebel ape :D Tengah sabar tunggu Mr. Heartbeats upload pics dating semlm.. Lalala~ Nanti D update lagi yer? Sayonara :))

*Teehee~ Terperasan AA post status pagii tadi so, sambil hupdate blog sambey menunggu kemunculan AA kat Melodi dengan penuh sabar juga.. :D Demi awak AA, 100 tahun lagi pun saya sanggup! Muahaha~ jkjk ;p

Sunday, October 9

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sob sob~ Kisah Arwah Adik Iqbal ni dah lame D terpasan kat FB but tak bace pun.. Bile tadi dah bosan2, D abeskan jugak lah bace luahan hati seorang ibu ni.. Hanya Tuhan yang tahu apa perasaan beliau, kalau kena kat D pun tak tahu lah cammana agaknya kan? ;( Al-Fatihah~
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. 

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. 

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. 

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya..

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. 

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. 

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" 

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. 

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. 

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" 

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. 

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. 

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. 

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. 

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi..
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.



8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Thursday, September 15

Erkkss.. Ape punye enty lah ni.. :D

Apakah perbezaan antara kawan, sahabat & teman? Chewahh~ Tak boleh blah kan? :D
Kawan hanya sekadar berbual..
Sahabat berbual dan berbincang..
Teman pula berbual, berbincang dan memahami segala-galanya tanpa batasan.
Teman sukar dicari dan dikekalkan kerana ianya seperti sebutir permata di sebalik kaca.
Selalunya manusia sentiasa terpesona dengan kilauan kaca hingga tidak nampak permata yang tersembunyi.

K.baii~ Sekian :)

Wednesday, September 14

Lagi Lagi Raya

Bezanya raya tahun ni, raya ke-5 maksu D akah nikah bersama Incik Pilihan Hati beliau.. Kitorang semua tahu last minute cause maksu D plan senyap-senyap je, sedih kOtt T____________T Okayyyy, actually maksu D ni anak nenek D, iaitu my mOm’s SMOTHER(step mother) yang meninggalkan kami pada raya tahun lepas T______T *KLIK UTK BACE ENTRY*  so agak kelam kabut lah terpaksa tunda hari balik ke KL semula, kalau tak hari Raya Ke-4 kitorang dah cabOttt~ coz takOt sangkut traffic jamm.. Bezanya raya tahun ni juga coz this year kami takde BBQ seperti tahun-tahun yang lepas.. Just banyak berjalan je ;p

Malam raya ke-4 kitorang pergi….
Night Market kat Batu Feringghi, ni memang tempat wajib bile kitorang balek Penang.. Huhu~
Actually tempat ni takde lah best sangat butt setakat nak jalan-jalan cuci mata boleh lah ;p



Baek tu kitOrang singgah makan kat Medan Selera Padang Kota Lama, Mak Chaq D rasa cam nak makan Char Koay Teow kat kedai ni..
  
Tak boleh blah kan? Kedai ni guna nama Gitu-Gitu Production milik Pelakon Favourite D, Saiful Apek.. *Ntah betul ntah tidak.. Wallahu’alam.. ^_____^ 

Pada korang yang bukan Orang Penang tuh, bila datang Penang tuh hindari lah kedai ini.. I tell you, seriousss tak sedap~ Eww.. Dah lah cekik darah kedai ni, sepinggan Char Koay Teow harga RM 8! Udang tak besar mana pun~ Better pergi makan Sany Char Koay Teow kat Tokong Ular, lagi berbaloi..
Kitorang siap tanya lagi kat orang yang hantar CKT tuh, “kenapa mahal sangat? Bukan Apek yang gOreng pun kan? Rasa pun tak sedap..” Then dia dengan muka yang tak puas hati tuh cakap, "mana ada mahal, biasa ja.". Kalau RM 8 sedap tape, ini rase macam @!$@%&^##@$^! Ngee~ Agak bengang D di saat itu, dah lah rasa tak sedap langsung, guna nama Apek plak tuh~ hohO~ Ter’emo’ plak kan? ;p


The end~ Wooott wOoot! :D

Tuesday, September 13

How is your raya celebration?

Selamat Hari Raya yang ke- 13 Semua! Maaf Zahir & Batin.. Hopefully masih tak terlambat lagi lah nak wish kat kOrang sume kan? Err.. Buan tebiat kan? Actually D saje je nak ganti balek ucapan raya yang tidak berjaya dilakukan sebelum ni atas sebab-sebab malas nak edit blog.. Hahaha..


Sambil kOrang baca entry ni sila-sila lah dengar lagu ni untuk mengembalikan suasana raya pertama.. Chewahh~

Raya tahun ni awal-awal lagi D & family dah balik Penang, iaitu pada 26hb Ogos.. Penang akan menjadi tempat wajib untuk kami pulang beraya sejak D & family pindah ke ibu negara ni.. Ececeh.. Terpaksa lah meninggalkan En. Haziq saya untuk seminggu lamanya, terseksa jiwa raga bila seminggu tak dapat jumpe En. Heartbeats sorang tu. ama D memang suka balik Penang lama-lama cOz banyak aktiviti yang dah ade dalam kotak fikiran dia.. Hahaha~ Asal terasa ayat cam skema gila je ni? Kami bertolak lepas Isyak, around 10 camtuh dari Putrajaya then singgah umah kazen D kat Seri Iskandar, Perak nak hantar kueh raya yang diorang pesan dari mama.. Masa kitorang sampai Perak pun dah pukul 2.30 pagi, abang D drive kereta macam orang bercinta ;p Padahal kecian dia kena drive, yang lain sume membuta je dalam kereta.. Sampai je Penang ngam-ngam pukul 5pg then apa lagi yang kami bole fikirkan untuk sahur pada ketika itu???
Nasi Kandar Kassim Mustafa~!! Hahaha..
Dekat sini memang best kalau dapat sahur lauk Ayam Kurma.. 
Memang terbaek sangat~ Yummies.. *Tetiba teringat plak kat Ayam Kurma tuh.. :D

On Sunday tuh awal-awal lagi mama dah hilang, gi carik bahan-bahan buat bahulu.. Yeahhh~ Ari ni kitorang nak bakar BAHULU TRADISIONAL.. *Tradisional lah sangat kan? Yang lecehnya bahulu ni sebab kena pukul telur tuh sampai dia betul-betul kembang then tak boleh kena air LANGSUNG.. Agaga~ At 1st mama bakar memang teruja je tengok siap boleh makan bahulu panas-panas.. Aww~ Nikmat tak terkata lah diri ini dikala itu.. Hahaha~ But selepas beberapa ketika bahulu tuh dah meragam, maknanya arang dah buat hal lah.. Sekejap atas masak, sekejap bawah hitam, sekejap warna pink plak.. *Itu tipu ;p*
 
*Gambar sekadar hiasan
Tak sempat nak snap pic ari tuh :)

Malam tuh bila telur dah tingal sikit, tetiba bahulu tu rasa manis sangat plak so Mak Tok D cadangkan tambahkan lagi telur & tepung then kacau lagi.. Bila dah tengok mama dah sangat letih, D pun hulurkan lah bantuan.. Dengan confidentnya berkata: "Mama pi lah mandi dulu, meyh D yang buat plakk.." Di atas bantuan abang D sebagai peng'kipas' arang yang berjaya kami dua beradik pun bakar lah bahulu tuh ditemani Mak Tok & My Kaka Ipa :) Setelah 20minit punya tunggu tak masak-masak akhirnya bahulu tuh dah tunjuk tanda2 ianya hendak masak, dengan senyum bangganya D pun bawak kuar bahulu tuh.. Tadaaa~

Bahulu tu keras gila kOtt.. MaktOk D cakap baling kat dinding pun tak pecah..

Hahaha~ Apa lagi, memang lah semua kena gelak kan? :DD
P/s: Bahulu tu keras bukan atas kesilapan D Okay? Ianya hasil idea Mak Tok D yang main tambah je telur & tepung.. Sekian :)

Monday, September 12

Happy 22nd Besday My Only One

S A Y N G G G  !
Happy belated burfday tO yOu . 
Happy belated burfday tO yOu .
Happy belated burfday tO my SAYANG .
Happy belated burfday tO yOu .

Pity sayang D ni tak dapat present ;( Actually D tataw nak bagi ape, prOmise u sayang.. Once i jumpe present yang sesuai nnt i bagi Okay? :) Namaw sedey2 taw?


  PAGE STILL UNDER CONSTRUCTION!  
P/s: Lame kan D tak update blOg ni? :D Actually D baru je mule beblOg-ing balek.. Actually after dekat a year D hide blOg, ni baru lah ade mase tuka template sume.. Hee~ Tadaaa~ 


Sile cOmment abOut my TEMPLATE? :)

Monday, August 8

Fav Love Quote

Dear readers,
To be honest, I really have nothing to update.. 
Kemalasan makin lame makin menebal, setebal buku teks darjah 6..  Sape nak jawab? Hahaha~ D engat nak tuka abes frOm up tO toe blOg neh but tade idea lagi.. Hee~ Saba eyh korang, tunggu je lah blog ni bertuka wajahhh.. :D *Actually sayang nak delete template neh.. Hihihi~



Sunday, August 7

Family Gathering At Cameron Highland :D

Assalammualaikum w.b.t readers 
Diri ini telah dilanda satu penyakit malas yg agak KRONIK sejak akhir-akhir ini.. :D Dats why lah lame gile tak hupdate blOg neh.. Hee~ Saje je nak share sapal cuti-cuti CAMERON HIGHLANDS with my family dat day :) Kitorang pegy 2hari1malam je, tak puas rasenye.. -___- Holiday kali ni bersame family tersayang memang enjoy sangat but ade jugak benda yg tak brape nak best jadik bile kite dah happy sangat ;( Nak tahu ape die? Hee~ Korang kena lah bace dulu entry ni.. Ececeh~ Suspen lah kononye 

Lets the picture dO the talk :D Siyes malass nak type panjang lebar!


1st day sampai, sesampainye tengah hari tuh, kitorang makan beramai-ramai lauk yang maktok D masak, gulai daging & nasi puteh je butt bile dah sejuk plus ujan non-stop time tuh, memang lah clear je periuk tuh :D At first mase kat dalam kete, D rileks je cOz tak sejuk sangat pun actually but bile da arrived kat apartment yang kitorang sewa neh, OmakkAii~ Ujan tak hengat2 punye, sejuk sampai ke tulang sumsum taw ke?  Padan muke ekaww~ Sweater pun tak bawak, berkepit je lah dengan cardigan je.. Hee~
Steamboat for dinner! :D Dlm aty berkate, diOrang ni keje nak makan je.. Bile mase yg nak kuar jejalan.. Lalala~ ;p But ape kan daya, ujan yang agak lebat time tuh tak membenarkan kitorang untuk memanjangkan kaki sangat.. ;p
 
Ni plak tidak laen & tidak bukan, my angel, Damia & her aunty, Mimi :) Mimi ni kazen D taw? Diorang due ni bile dah berjumpa, memang tak bole renggang langsung, pegy memane pun nak berkepit.. Beli ape2 pun mesty same je dua-dua orang ni.. :D

2nd day, sempena hari keberangkatan kami.. :D 1st Of all, sebelum ktorang bergerak kemane-mane kena snap pics dulu.. Hee~ Actually ramai lagi yang takde on dat day, if sumer ade sure lagi meriah.. ;) *Macam duduk kat kuaters polis je kan? Bak kate pakcik D sorang tuh ;p
At Taman Agro :D Gamba D paleng sket cOz D je yang rajen suh diOrang pOse.. hee~ 
Wink wink ;) Da mcm kembar kan diOrang due neh?:D

My Little Angel posing sakan wif her Onni ;) Ngee~ Suke sangat pics neh ;)

My brO, Khairol & His wifey ;)

Luv all Of them muchie much <3

Damia sedang enak menikmati strawberry yang dipetik Oleh Onni die.. Hee!~ Even dah tertules besar2, DILARANG MEMETIK! Ahaha~ :DD

Bye bye TAMAN AGRO! ;)

Psstt~ Kat Taman Agro neh lah D kehilangan Bag & Wallet DOMO kesayangan ;( Sume gara-gara kecuaian D sendiri jugak, tertinggal kat pondok mase kitorang dduk rest! Siyes time tuh sedey gile taw ta? -____- Menitis jugak lah air mate.. Ngee~ Sumenye ilang skali, terpakse jadi PATI untuk bebrape ari befOre pegyy buat IC baru.. But, NOW D dah ade IC Okay? ;)) Teringat ag dat day, bukan maen susah agi nak carik wallet tuh ;( berbulan lamenye, but nak ilang sekelip mate je kan? ;p Da da~ Tanak pk dah.. hee~ Cheers lah kan? :D
Big Red Strawberry Farm ;)
Yummiesss ;) Since befOre sampai CamerOn agi D dah gadO nak eat eskrem neh finally dapat jugak.. Aww~ *drOoling* Terbayang kesedapan eskrem neh.. ;p

Ni kepunyaan my brO n his wifey ;) Butt, malangnye diOrang dapat mkn bape byk je cOz abes sume Orang diorang bg rase.. hee~



P/s: Family holiday kali ni best shgt! ;) Happy tengok my beloved Maktok pun happy je.. Skrng neh mama n my aunties dah sebOk nak pegy mane lah plak Raya Cina nanti..
Hee~ Thanks fOr reading ;)