Thursday, February 14

(Day 2) Percutian Bajet Cameron Highland

Yehaaa~ Tercapai juga impian nak stay kat Cameron ni walau hanya untuk semalam. Winkwink ;) Seawal 7pg lagi D dah membulatkan mata semata-mata nak pergi Pasar Pagi.. Ngee.. Kalau kat KL, time-time tu jangan harap lah D nak bangun, sure time tu masih enak dibuai mimpi indah.*Hahaha, jangan nak inda sangat lah kan?* Lepas mandi je terus call Haziq suruh dia bangun! Yanie time tu memang macam tanak lepas bantal & katil dia coz malam tu dia tido lambat, around 3 am coz bergayut ngan Mr. 'Bakal' dia. So memang harapan lah untuk dia follow kitorang kuar pepagi camtu, keluarlah kami berdua je. Pepagi agak best sebab time tu kereta tak ramai sangat, tak sesak so senang nak bergerak carik parking semua.

Tadaa, ini antara sourvenirs for our little Angel. Dah tahu dah dia mesti suka! wink wink ;)

Memang pergi pasar pagi semata-mata sebab nak beli Strawberry mama pesan yang kononnya fresh baru dipetik pagi tadi. 

Dah habis pusing situ ontheway nak kereta terserempak lagi dgn benda alah ni.
'Dia' memang sengaja tunggu D kot kat situ, saja nak suruh beli lagi.. Hahaha..
Dalam tanak-tanak tu terbeli jugak lah 3 cucuk lagi bersamaan RM 5! ;)

Lepas tu memandangkan jam baru kul 9 lebih so kitorang shoot ke Big Red Strawberry Farm lagi! Yeahh lagi dan lagi pun takpe sebenarnya.. ;p Dalam tgh menaip pun terbayang-bayang kesedapan sundae strawberry kat situ. But pagi tu masih awal lagi, tak teringin pun nak makan aiskrim tu lagi plus maybe kedai dia pun belum buka.. :p

Pepagi lagi nampak 'kehijauan' didepan mata really made my day. Tambah lagi dengan angin pagi yang segar bugar & suasana sejuk-sejuk mengada-ngada. Hahaha..

Nearly 11am camtu kitorang terus gerak balik bilik coz check out kul 11. Setakat lambat 10-15mins apalah salahnya kann? Hahaha.. Lepas check out tu terus kitorang mencari breakfast!! :) Kedua-dua insan bernama Yanie && Haziq yang kononnya tak makan pagi pun dengan berseleranya makan kat Fern Nyonya :) Kat sini makanan dia sedap-sedap. Alhamdulillah tidak menghampakan, kenyang perut suka hati! hehe.. Harga pun okayy, waktu malam kat sini ada steamboat but tak sure pulak price dia. 

Then kitorang plan nak gerak ke rumah Incik Syuk, kawan Yanie! :) Ontheway tu Yanie bawak kitorang lalu shortcut katanya dari Tanah Rata ke Brinchang. Tetiba Haziq rasa mcm dia penah sampai tempat ni suatu masa dahulu, tak sure last dia pergi bila! ;p 

It's KHM Strawberry Farm! 

Haziq recommend kitorang try aiskrim strawberry dia, sebekas ni RM 2 je. Plus ade topping strawberri lagi kat atas dia. Ada kitorang perasan satu tempat tu jual RM 3 without topping! Seriously tmpt ni mmg highly recommended coz kalau nak bli jem or topping strawberry kat sini harga dia lagi murah berbanding pasar malam or tempat laen! :)

Sampai je kat rumah Syuk kena makan lagi! Yeahh M.A.K.A.N! Mak Syuk paksa juga so kitorang yang tak sampai sejam td baru melantak makan semulut dua je pun semata-mata nak ambik aty mak dia. Hehe.. Btw, mak dia sangat AWESOME! Sangat peramah, tak rasa kekok langsung, macam dah lama kenal. 

Last stop before balik :) Ladang Teh Ombak Rindu!
Elok-elok nama dia Ladang Boh semata-mata sebab Lisa Surihani & Aaron Aziz berlakon kat sana terus dapat nama glamer.. Hehe!

 Sambil duduk-duduk minum secawan teh dpt tgk permandangan indah sebegini..
Sangat PRICELESS!
Igtan pada hari KERJA esok dibuang jauh-jauh, kononnya stay sana sampai pengsan! :p
Alhamdulillah rezeki bila tetiba kawan Syuk, kebetulan kerja kat situ datang hantar seteko teh yg sangat chumel untuk 4 orang! Untuk seteko teh yang pekat rasanya + pahit berharga RM 20 :)
*Nasib tak bli sendiri, kalau tak mesti suruh diorang bagi extra air panas! Hahaha.. so bile refill bila rasa teh dia dah pahit melampau sebab lama sangat terendam :)

Alhamdulillah, segala penat lelah yang dikorbankan ke CH plus jalan yang berlikur simpang siur sampai pening-pening kepala nak muntah sangat sangat berbaloi! Rasa nak pergi lagi dan lagi :)

Thanks muchie much kepada Incik Haziq yang berhati-hati memandu sepanjang perjalanan pergi dan pulang kami. N tak lupa gak to my luvly kazen, Yanie! Thanks sanggup temankan D yang tak berapa berani nak tdo sorang! Hahaha~ :p

(Day 1) Percutian Bajet Cameron Highland

12-01-13
(To be cont) Acecehhh~ Kelakar pula guna ayat ni.


Seselesainya kami check in kat Father's Guest House tu terus masukkan barang dalam bilik and bersiap-siap untuk keluar mencari makanan! Yeahh~ Incik Haziq & Cik Yanie sangat lapar pada waktu dan ketika itu coz diorg dua-dua jenis yang tak makan pagi. Nanti sakit perut lah, gastrik lah segala penyakit datang menyerang katanya. Hehe~ Mcm D ni senang! Asal buka mata makan, tutup mata MAKAN. Even perut dah kenyang pun mulut tak boleh nak stop makan, acane tu? *Membela betul dia ni.. Hahaha~


My kazen lah jadi our tourist guide kat sana sebab suatu ketika dahulu Cameron tu ibarat rumah kedua dia.. Tetiap minggu dia gi Cameron tu jejalan :) So kitorang gi Lunch kat Anjere's Corner (otw nak ke Brinchang)! Melantak nasik goreng nasik goreng serta nasik goreng.. Hahaha. Abes acane? Tiga-tiga order nasi goreng je but pity D antara nasi goreng yg ada, D punya kurangg umphh! -________- Tapi okay lah, price utk 3 org makan & minum RM 16 je.. Takdelah semahal yang disangka kann? :)

Muahaha.. Yang di kanan penuh strawberry itu milik saya*Gila evil bunyi! ;p*
Untunglah lagi dua orang tu dah kenyang, tanak paw aiskrim saya! Hahaha ;p

Lepas dah kenyang isi perut terus kitorang shoot ke Big Red Strawberry Farm, ni memang lokasi wajib setiap kali pergi Cameron :) Bila balik KL siap boleh terbayang-bayang teringat lagi Sundae Strawberry dia.. winkwink ;) Pada mulanya sesampai je situ Haziq && Yanie dah surrender tanak makan ape-ape but setelah termakan pujuk rayu D, Haziq order juga lah Strawberry Waffle.. Hahaha.. *Nmpk tak kat situ betapa pandainya D berkata2.. Puihhh~*

Lepas perut dah kembung & mcm ular sawa dah tak larat nak melingkar lg dah kitorang still meneruskan aktiviti berjalan. Sangat menghargai setiap minit yg berlalu, maklumlah esok nak balek KL dah kan.. Hehehe.. Kitorang berjalan-jalan kat pasar malam dia pulak, seperti biasa lah tempat wajib buat semua pengunjung kat CH tu kan.. Kalau apa ja lagi aktiviti yg korang mampu buat dimalam hari? 
Thanks cuzie temankan kitorang.. winkwink ;) Really app it! <3

Mata luas je terbuka bila nampak colourful roses ni.. Rasa nak beli semua skali.. Hahaha..

Telah D cuba sedaya upaya melawan keinginan pada Strawberry Coklat ni sbb dahg kembung perut makan Strawberry Sundae td tp akhirnya terpaksa akur juga! ;p *Ayat tak boleh blah* Yang pasti tiga-tiga cucuk menjadi milik D coz Yanie dah tak lalu makan Strawberry dan dan dan yang paling beruntung sebab Haziq pun pengemar Strawberry! Hahaha.. Tamak gile! ;p jkjk! :)

Dah puas meronda kat pasar malam tu kitorang terus gerak balek bilik, sampai lebih kurang pukul 8. Then kitorang lepak-lepak lah memandikan diri :) Kul 9 camtu D dah ckp kat Haziq "U.. Jom makan maggi" "Tanak, I knyg lagi ni.. Kate lah u lapar?" *Erkss, niat tersemadi begitu sahaja!  ;p* Tapi sambil-sambil kitorang mengoogle mencarik port steamboat. around 9.30 camtuh D umpan Haziq lagi. "U, jom makan maggi" Haziq dah macam tak percaya! Hahaha.. Perut apakah ini? D sndiri tak fahami.. Lols~ ;p But at last dkt kul 10.30 camtu D berjaya juga makan maggi sorang-sorang. Hahaha.. Shgt sedap okayy? Kalau tdo hotel tak makan maggi, dah mencabar lah.. ;p Dekat-dekat kul 10 camtu kitorang keluar mencarik dinner, padahal perut masing-masing kenyang lagi tapi dah teringin Steamboat CH..

Glory 78 Steamboat Snack Corner
RM 23 per head. Min 2 kepala so kitorang ambik yg min je lah..
Itu pun tak terhabis kott.. Acane tu? :D Merangkak-rangkak kitorang nak habiskan :D

Wednesday, February 13

Percutian Bajet Ciput Cameron Highland

Alhamdulillah, Thank God! Menjadi juga plan kitorang nak ke Cameron Highland walaupun seminggu sebelum tu kitorang cuma plan plan kambing je. Tak plan-plan sungguh sungguh pun. Hotel semua cari last minit. Otw nak gerak dari KL-Sri Iskandar (nak hantar order Durian Crepe) baru lah Incik Haziq yg dipertanggungjawabkan mencari hotel call Father's Guest House kat Tanah Rata tu untuk booking 2 bilik untuk kitorang berdua.

At 1st, my kazen. Yanie yang beriya ajak kitorang stay sana tup tup last minit dia cancel coz bilik hotel melambung tinggi melampau. But alang-alang dah kitorang sampai Sri Iskandar dalam kul 12 time tu, Yanie baru bgn tdo time tu so D pun menggunakan segala helah pujuk rayu suruh dia teman juga kitorang pergi sana coz D tak berapa berani tido sorang *bukan takut okayy? hahaha.. 

View dari luar Father's Guest House!
Located across the road from Maybank in Tanah Rata, behind Twin Pines Chalets.

Kitorang sampai je kat Cameron tu kul 4 terus mencari Guest House yang Haziq call tu, tak susah rupanya nak carik, betul-betul dekat belakang Maybank Tanah Rata. Tmpt tu sangat-sangat bersih dan selesa. Jauh sekali dari apa yang D sangkakan sebab harga untuk satu bilik tak salah D RM70 semalam(toilet kat luar, bersebelah pintu bilik je pun). Kalau attach bathroom RM90 je tak salah :) At 1st, D pikirkan mesti Guest House ni dah sangat uzur, pintu toilet bila buka tutup ade menghasilkan bunyi yang sangat scary, sunyi sepi && blablabla~ Padahal jauh panggang dari api! Sesuai lah dgn bajet ciput bawah RM 100 utk satu bilik macam kami :)

Ni lah bilik yang kitorang stay :)
Large Double Room with a Queen size bed, fan, shared shower & WC,
is priced at RM 80.00.

 Kat luar bilik ada hall yang sangat luas untuk korang bt aktiviti2 dimalam hari.
Al maklumlah, Cameron setakat pukul 11 dah gelap gulita takde aktiviti dah :)

Tapi mostly yang stay kat sini semua foreigners, backpackers. Owner dia  Ms. Val, foreigner juga tapi sangat sangat peramah, ringan mulut. Rasa sangat selesa je stay sana. Kalau stay 3/4 hari pun masih berbaloi juga pada yang bajet ciput :) Kalau pergi 10 orang maybe korang bole try bilik ala ala dorm kat hostel tu. Seorang RM 20 je untuk satu katil, kalau korang nak share katil tu boleh try tanya lah. Hahaha.

Tadaaa~ Inilah dorm yang dimaksudkan :)
Kalau pergi lebih dari 5 orang best lah, kalau setakat pergi 2-3 orang,
nak ke korang bercampur ngan org lain? :D

Interested? Bole visit website ni for further information. wink wink ;) http://fathers.cameronhighlands.com/

Wednesday, August 15

Resipi Rainbow Cake! :)

Assalamualaikum readers :)

Ni 1st entry dalam bulan puasa ni.. Lame gile tak hupdate :) Sesekali dapat curik tulang kat opis mcm ni best jugakk, dapat hupdate belogg ni.. Saje je nak share resipi Rainbow Cake yg D bt with my Bubu & adk2nye last Thursday.. Rase mcm tak percaya okayy? Mcm nak pengsan tgk Rainbow Cake yg kitorang bt menjadi.. Walaupun tak sechantek mane tapi janji ade rupa Rainbow Cake lah.. Teehee~ Lepas ni kalau berkesempatan nak bt & repair lagi memane yang patot..

Jeng jeng jeng~ Ni lah hasil air tgn kitorang.. :D
Snap by Anis Danial :)
Kan D dah cakap, menjadi kan kek kitorang ni.. Takde lah teruk shgt sampai takde rupa rainbow langsung :)
 
Chantek kannn? Kannn? *Mesti korang kate, pandai kitorang buat..*
Lols~ Sejak dah lame tak hupdate blog ni D dah pandai bace kata hati korang pulak.. ;p

Janji Di"RAINBOW CAKE"i :) Ini resipi yang dijanjikan :)
Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat-Loyang 8inci )
2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
1 cawan gula pasir dikisar halus
5 biji telur ayam (gred B)
250gm butter
550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)
Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
2 sudu kecil esen vanilla
1/3 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek

Cara-cara
1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
5. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
6. Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
7. Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
8. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.

Untuk Topping D tukarkan dengan Cream Cheese coz rasa teringin sangat nak buat Cream Cheese :) Alhamdulillah menjadi jugak.. Ngee~

Cara-cara buat Cream Cheese :) *1st time jugak ;)
 

P/s: Terima Kasih daun keladi untuk Ibu Haziq coz byk tolong kitorang dat day :)
Nnt boleh bake benda lain pulak.. ngee~

Saturday, July 21

Happy 2years Anniversary Soulmate ♥

Assalammualaikum my dearie Readers!
wink wink ;) 
Finalleh kan? Setelah sekian lama tak muncul, tetiba je muncul pulakk :D
Eyhhh, tgk link tu tules blog sape? :)
Blog D kan? Means sukaty D lah.. jkjk ;p

Siyesly, lately D sangat2 lah busy teramat.. *Erkss~ Lately ke? Mcm dah berabad je rase ;p Saje je sempena my 2nd anniversary bersama Incik Soulmate, nak jugak lah berjiwangan kat sini.. *Sile muntah hijau! ;p* Agak sedih bile 2nd anniversary ni, Encik Heartbeats pulak outstation jauh di Utara nunnn -___- Rendduuu :)
 
Heartbeats,
  • Thanks fer being there for me when no one was.. no one can ever replace u in my heart <3 Thanks fer accepting me for who i am :) 
  • Iloveyou soulmate :) i dun wanna lose ;) dun u ever give up on me plish? ;)
  • Imissyou sayanggg.. i miss our time dat weve spent together -___-
  • Iwannagrow old with u bb ;) happy 100yra anniversary in advance! :P
  • Ineedyou fer the rest od my life ;) imissyou sayanggg <3
  • Thanks fer being my everything ;) slmt berpuase bubu :) imissyou :)
*Ayat CopyPaste text yg D send fer my Mr. Heartbeats je :D Malasss na pk ;p*

This relationship is the best relationship that has ever happened in my life! ♥
However great the hardship, I never ever regret my decision that I've made 2 years ago.
Truly from the bottom of my heart I do really appreciate him so much!
Coz Im a person wif absolute NO PATIENCE, I get ANNOYED easily, I shout, I cried and I blame him for almost everything and he still tries hard to tolerate and be patience with me whenever he can.
Thanks a lot sayanggg :)

Happy anniversary to the guy who ♥ me the most :)

*NotaKaki : Salam Ramadhan Everyone :) Selamat menunaikan ibadah puasa.. Puasa rajin2 okayy? Jadi macam D ni, 23taun tak penah tinggal puasa.. Hahaha~ *Sila percaya :D*
There's many other posts to come! ;) InsyaAllah kalau masa mengizinkan.. Nak sahur MI SEDAP dulu lah.. :) Jemput sahurrr~ 

Sunday, April 15

Kek Coklat Moist :)

Assalammualaikum sume :)

Tetiba rase nak share pics yg dah agak lama ni.. :) Pics ni disnap mase burfday adik D 29hb Januari lalu.. Actually kek ni D beli dengan harga RM 15 je kat satu kedai ni kat Sungai Besi, tak salah kat kedai ade banner tetulis Zainal Kek Pisang kott? Ingat-ingat lupe dah sebenarnya ;p Masa 29hb lepas, mama cakap nak celebrate birthday adik D, Awal Adha namanya.. sO, D cakap lah, biar D belikan kek nanti.. Time tuh memang dah terbayang dah D nak beli je kek ni then deco sendiri.. Bab deco-mendeco kek ni memang lah D phailed sebenarnya so D cuma menggunakan strawberry yang D beli kat Giant then potong, main letak je atas kek.. Pastu tabur chocolate chips~ Tadaa.. Ini lah hasil dia :)
Hiasan maybe tak chantek tapiii, rasa dia sangat WALAOWEYHH~ :)
Sesape yang pernah rasa kek ni tahu lah rasa dia mcm mane kan? :)

At first terpk jugak nak beli cake tapi D rase mcm tak berbaloi nak beli kek yg dapat mungkin 1-2biji strawberry dengan rasa yang belum tentu sedap kan? :) Pada korang yang stay area-area Sungai Besi, cuba-cuba lah :) Senang je camni ++ save budget! Tak sampai RM 25 pun.. Teehee~


Burger Bakar Kaw-Kaw

Hi all :)
First of all jom kita tgk gamba bakar line ni dulu :D
 Nampak macam sedap gila ni kan? Rasa macam mesti cuba je.. ;p

Setelah sekian lama kita asyik makan burger atas kuali + letak planta sahaja, apa kata kita cuba MENYIHATKAN diri kita dengan makan BURGER BAKAR, dah tentu2 "Burn Fat" sebab bila bakar , lemak-lemak pecah..
 
 Jangan risau, dengar cerita owner stall ini menggunakan "Lava Rock" & bukannya arang untuk tujuan bakar. Mana tahu ada yang takut kena Kanser ke kan? :D *Tetiba dah macam blog doktor2 plak ;p

Tataw lah kenapa interested pulak nak share pasal Burger Kaw-Kaw ni.. Maybe kagum kott dengan rasa burger ni coz dia berjaya buat orang tunggu berjam-jam lamanya.. Gila lah kan? Kalau setakat korang pergi KFC beratur sejam pastu sampai turn korang, korang dah bebai sebab lambat baik lupakan je lah niat korang nak makan burger ni.. ;p

Kenapa D berkata sedemikian rupa? 

Kedai ni start kul 7.30ptg tapi, kul 6 pun dah ade orang beratur.. *Perghh~ Mmg lah tak sanggup kan?* Then buka je kul 7.30ptg nanti diorg akan bagi nombor sorang satu so, takde lah korang nak berebut2 sangat.. Ade yang pergi kul 7.30ptg, kul 11mlm baru dapat.. Ape macam? Dari perut berkeroncong, dapat2 je burger tu elok perot pun dah masuk angin.. Muahaha~ ;p Kalau tanya D, bile D nak try burger ni? Konklusinya, tataw lah bila baru D rase ade banyak mase untuk dihabiskan dengan hanya menunggu burger tersebut.. Dan tak berani nak jamin, kalau terpaksa menunggu sebegitu lama, is it WORTH it? Lain lidah, lain rasa.. Yang pasti burger dia mesti tak sama dengan burger lain coz diorg menggunakan homemade patties :) Sekiannn~

Jum bakar line lagi dengan beberapa gambar ni :)

Price list dia :) Hmm~ Harga boleh tahan kan? ;p

Ini map untuk ke stall yg terletak di Seksyen 2 Wangsa Maju @ Arena Cafe.. Kat sini diorg tutup setiap hari Isnin sahaja..

Yang ni pulak kat Dagang Avenue Food Court Ampang.. Kat sini hari-hari pun buka so kalau korang HARI-HARI MAU bole lah pegy sini je ;p Start amik order pukul 6.45pm :)

Klik utk LIKE FB Burger Bakar ♥ Thanks Incik Google :)

Sunday, April 8

Setiap SABTU yang ditunggu


Hi All..

Sementara tunggu ABPBH japgi D hupdate belogg lagii.. Teehee~ Tetiba je rajen hupdate sampai En. Heartbeats pun tertanya2 ;p Mcm lah D ni lazybumm sangat kan? *Sila katakan tidakk! Terima kaseh! :) Berbulan lamanya D tak hupdate dah bersawang dah blog ni.. :) So guys be prepared for diarrhea of posts & pics lah kan cOz after this banyak lagi yang D akan hupdate! Tanak diarrhea jangan stalk saya ye? ;p Tak sapal-sapal kuar statement perasan!


Kenapa D letak title macam tu? Dah bole jadik tajuk drama malam minggu kan? :) Actually memang D sentiasa  menantikan SABTU setiap minggu taw? *Tataw lah En. Heartbeats tu ternanti2 ke tak kan? ;p Coz bukan hari Sabtu memang agak susah lah nak meet En. Heartbeats ni cOz masing-masing keja kan? But fer me DISTANCE means sO little, when sOmeone means sO much ♥

Semalam kitorang meet like always, pas keja Haziq datang pick up D kat umah.. Then terus pegii makan Laksa Uncle @ PJ (kat food court tepi Digital Mall).. Terlupa nak snap pics laksa semalam :D Sampai2 je laksa depan mata terus ngapp tanpa banyak bunyi.. *Korang bayangkan lah kesedapan laksa tu sendiri kalau dah tahap cenggitu skali kan? ;p Tambah2 kena laksa dgn lai chee kang.. Perghhh~ Over tak pasal-pasal plak ;p

Then gerak pergi E@Curve pula, ini dah jadi tempat harus kitorang setiap kali meet.. Hee~ Tataw kenapa both of us suke pegii sane.. Sesampainya kat sana, harus pekena Smoothie Ice Blended @Ice Age! Mine is Blue Coral & Vanilla fer him plus double black Pearl.. Okayyy, black pearl itu feveret! Siap Haziq punye pun D curik.. Tapi D punye? Jgn harap lah nak dapat rase pun ;p Btw, si dia sangat kedekut sangat D abeskan pearl dia.. *Eyh eyh, tapi D yg tak bagi die rase langsung.. Sape yg kedeks sebenarnya? Pura-pura confuse! ;p*
  
Okayyy, time ni Ice Blended dah hampir licin! ;p
Both memang suke masuk Toy R Us, ronda2 tgk mainan then menggila camni lah gayanye :))
D sangatsangat menyayangi dirinya cOz kitorang sekepala..
Bile dgn Haziq, D bole jadik diri D sendiri..Tak perlu susah2 jadik diri orang laen.. Teehee~ 
*Kenape terasa mcm skema gila ayat cenggitu? ;p

Then menemani En Heartbeats dinner kat The Manhattan Fish Market coz Haziq kate dia teringin nak makan kat situ.. So memandangkan kitorang memang tak penah try MFM lagi, D pun agree je :) 
Teehee~ Air je dah 3 padahal 2 org makan je ;p
Coz My Haziq ni teringin Blue Lagoon(kiri), nampak mcm sedap katanye ;p\

Caesar Salad fer starter! :) 

Baked Mediterranean Rice kepunyaan En. Heartbeats! :) Yang ni D rasa nasi dia je.. Ikan dia tak try pun cOz D tgk macam kurang gemar je.. Komen si tuan punya makanan? Okayy lah, tapi i prefer Tony Roma's jugak cOz BMR ni rasa dia sangat PLAIN! Mcm makanan kat hospital.. Lols~ :D *Tapi kan? Licin jugak lah ;p

 
Seafood Olio ini saya yang punya! Muahaha~ *Bersuara ala2 jin cite Ahmad Albab! ;p
Rasa dia? OkayOkay lah, tade lah tak sedap sangat pun :)

Okay, dalam byk2 makanan yang ini paling sedappp~! :D Fries Cheese! ♥♥♥
Cheese dia? Walaoweyhh~ Sangat cheese.. *Ape makna sangat cheese? D pun tataw camne nak explain rase die.. :) Korang try lah sendiri..

Lepas makan, rasa macam tak larat jalan dah :D Kan best kalau berat D 20kg je, tak larat jalan boleh suh orang dukung.. Muahaha~ 

Otw balek dari Curve menyinggah lah plak kitorang kat Uptown Damansara :) Awal lagi kott at that time, around 8.30 maybe? Kedai pun tak ramai lagii, jejalan kejap je.. Then terpandang mainan utk si Pengubat Hati so Papa die lah yang belikan :) Thanks papa! ♥ Tetiba macam teringin nak pakai jersey sempena Euro 2o12 tak lama lagi, masa D gtaw En. Heartbeats tuh dia sangatsangat lah berbesar hati tambahan plak dengar D nak pakai jersey team kesayangan dia, GERMANY tu.. sO dah takde jersey kat Damansara tu, dia ajak pergi Uptown Shah Alam plak :) Lols~ Kelakar pun ada, tak pernah2 D nak pakai jersey.. Memang sangat2 buang tebiat! ;p

This is my second time sampai kat Uptown SA ni.. Orang ramai gile macam pergi pesta Penang je D rasa ;p So tujuan utama memang nak carik jersey GERMANY juga sampai jumpa.. Kebetulan En. Heartbeats terpandang jersey Germany Away.. So, memang beli sekali gus lah ;p 
Away untuk si dia cOz dia dah ade home :) 
Home utk saya saya saya! :D

Thanks fer the jersey sayangg~!! Luv u moar :))

*Naseb badan la malam ni tak dapat tgk Aaron Aziz  T__________T Penat2 je tunggu dari pagi, tetiba abah balek tgk bola.. Kalu abah dah pegang remote, memang harapan lah nak dapat watch ABPBH kat tv.. Takpe Aaron, saya sentiasa menyokong awak walaupun hanya dari jauh.. Perghh~!! Asal hupdate blog je nak kena mention nama AA je ari ni.. Muahaha~ ;p Tengok online je, lembab nak mampus.. Keja nak buffering je -_-

Yeahh~!! Blog saya masih HIDUP

Assalammualaikum && Heyya All.. *Bajet mcm ade je lagi org follow kan? :D

Setelah sekian lama menyepikan diri tetiba D terasa macam nak start hupdate balek.. Tataw lah brape lama je bertahan feeling nak hupdate blog ni kan? Muahaha! *Gelak tak confident pada diri sendiri ;p Life sekarang terasa sangat amat busyyyyy.. T__________T Tetiap ari balek keje pun lambat then rush pegy kelas lagi, lagi && lagi.. Bile lah bole nak tinggalkan kolej kesayangann, sayanggg lah sangat KONON! Poodahh~ ;p

Bile tibanya ari Sabtu baru lah dapat habiskan mase dgn my Heartbeats, kalau tak Sabtu memang harapan lah coz slalunya Ahad memang D duduk umah je.. Melayan kerenah Si Pengubat Hatii sorang ni :) Makin besar, makin banyak lah ragam dia kan? Itu ini, dah pandai mengajar D plak.. ;p

Blablabla~ Dah tataw nak bebel ape :D Tengah sabar tunggu Mr. Heartbeats upload pics dating semlm.. Lalala~ Nanti D update lagi yer? Sayonara :))

*Teehee~ Terperasan AA post status pagii tadi so, sambil hupdate blog sambey menunggu kemunculan AA kat Melodi dengan penuh sabar juga.. :D Demi awak AA, 100 tahun lagi pun saya sanggup! Muahaha~ jkjk ;p