Sambil kOrang baca entry ni sila-sila lah dengar lagu ni untuk mengembalikan suasana raya pertama.. Chewahh~
Raya tahun ni awal-awal lagi D & family dah balik Penang, iaitu pada 26hb Ogos.. Penang akan menjadi tempat wajib untuk kami pulang beraya sejak D & family pindah ke ibu negara ni.. Ececeh.. Terpaksa lah meninggalkan En. Haziq saya untuk seminggu lamanya, terseksa jiwa raga bila seminggu tak dapat jumpe En. Heartbeats sorang tu. ama D memang suka balik Penang lama-lama cOz banyak aktiviti yang dah ade dalam kotak fikiran dia.. Hahaha~ Asal terasa ayat cam skema gila je ni? Kami bertolak lepas Isyak, around 10 camtuh dari Putrajaya then singgah umah kazen D kat Seri Iskandar, Perak nak hantar kueh raya yang diorang pesan dari mama.. Masa kitorang sampai Perak pun dah pukul 2.30 pagi, abang D drive kereta macam orang bercinta ;p Padahal kecian dia kena drive, yang lain sume membuta je dalam kereta.. Sampai je Penang ngam-ngam pukul 5pg then apa lagi yang kami bole fikirkan untuk sahur pada ketika itu???
Nasi Kandar Kassim Mustafa~!! Hahaha..
Dekat sini memang best kalau dapat sahur lauk Ayam Kurma..
Memang terbaek sangat~ Yummies.. *Tetiba teringat plak kat Ayam Kurma tuh.. :D
On Sunday tuh awal-awal lagi mama dah hilang, gi carik bahan-bahan buat bahulu.. Yeahhh~ Ari ni kitorang nak bakar BAHULU TRADISIONAL.. *Tradisional lah sangat kan? Yang lecehnya bahulu ni sebab kena pukul telur tuh sampai dia betul-betul kembang then tak boleh kena air LANGSUNG.. Agaga~ At 1st mama bakar memang teruja je tengok siap boleh makan bahulu panas-panas.. Aww~ Nikmat tak terkata lah diri ini dikala itu.. Hahaha~ But selepas beberapa ketika bahulu tuh dah meragam, maknanya arang dah buat hal lah.. Sekejap atas masak, sekejap bawah hitam, sekejap warna pink plak.. *Itu tipu ;p*
*Gambar sekadar hiasan
Tak sempat nak snap pic ari tuh :)
Malam tuh bila telur dah tingal sikit, tetiba bahulu tu rasa manis sangat plak so Mak Tok D cadangkan tambahkan lagi telur & tepung then kacau lagi.. Bila dah tengok mama dah sangat letih, D pun hulurkan lah bantuan.. Dengan confidentnya berkata: "Mama pi lah mandi dulu, meyh D yang buat plakk.." Di atas bantuan abang D sebagai peng'kipas' arang yang berjaya kami dua beradik pun bakar lah bahulu tuh ditemani Mak Tok & My Kaka Ipa :) Setelah 20minit punya tunggu tak masak-masak akhirnya bahulu tuh dah tunjuk tanda2 ianya hendak masak, dengan senyum bangganya D pun bawak kuar bahulu tuh.. Tadaaa~
Bahulu tu keras gila kOtt.. MaktOk D cakap baling kat dinding pun tak pecah..
Hahaha~ Apa lagi, memang lah semua kena gelak kan? :DD
P/s: Bahulu tu keras bukan atas kesilapan D Okay? Ianya hasil idea Mak Tok D yang main tambah je telur & tepung.. Sekian :)
No comments:
Post a Comment