Sunday, April 15

Burger Bakar Kaw-Kaw

Hi all :)
First of all jom kita tgk gamba bakar line ni dulu :D
 Nampak macam sedap gila ni kan? Rasa macam mesti cuba je.. ;p

Setelah sekian lama kita asyik makan burger atas kuali + letak planta sahaja, apa kata kita cuba MENYIHATKAN diri kita dengan makan BURGER BAKAR, dah tentu2 "Burn Fat" sebab bila bakar , lemak-lemak pecah..
 
 Jangan risau, dengar cerita owner stall ini menggunakan "Lava Rock" & bukannya arang untuk tujuan bakar. Mana tahu ada yang takut kena Kanser ke kan? :D *Tetiba dah macam blog doktor2 plak ;p

Tataw lah kenapa interested pulak nak share pasal Burger Kaw-Kaw ni.. Maybe kagum kott dengan rasa burger ni coz dia berjaya buat orang tunggu berjam-jam lamanya.. Gila lah kan? Kalau setakat korang pergi KFC beratur sejam pastu sampai turn korang, korang dah bebai sebab lambat baik lupakan je lah niat korang nak makan burger ni.. ;p

Kenapa D berkata sedemikian rupa? 

Kedai ni start kul 7.30ptg tapi, kul 6 pun dah ade orang beratur.. *Perghh~ Mmg lah tak sanggup kan?* Then buka je kul 7.30ptg nanti diorg akan bagi nombor sorang satu so, takde lah korang nak berebut2 sangat.. Ade yang pergi kul 7.30ptg, kul 11mlm baru dapat.. Ape macam? Dari perut berkeroncong, dapat2 je burger tu elok perot pun dah masuk angin.. Muahaha~ ;p Kalau tanya D, bile D nak try burger ni? Konklusinya, tataw lah bila baru D rase ade banyak mase untuk dihabiskan dengan hanya menunggu burger tersebut.. Dan tak berani nak jamin, kalau terpaksa menunggu sebegitu lama, is it WORTH it? Lain lidah, lain rasa.. Yang pasti burger dia mesti tak sama dengan burger lain coz diorg menggunakan homemade patties :) Sekiannn~

Jum bakar line lagi dengan beberapa gambar ni :)

Price list dia :) Hmm~ Harga boleh tahan kan? ;p

Ini map untuk ke stall yg terletak di Seksyen 2 Wangsa Maju @ Arena Cafe.. Kat sini diorg tutup setiap hari Isnin sahaja..

Yang ni pulak kat Dagang Avenue Food Court Ampang.. Kat sini hari-hari pun buka so kalau korang HARI-HARI MAU bole lah pegy sini je ;p Start amik order pukul 6.45pm :)

Klik utk LIKE FB Burger Bakar ♥ Thanks Incik Google :)

No comments: