Monday, September 5

Review Baju Pengantin yang cantik to the max by Butik NonaDanial..

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

Kita review pasal baju pegantin pulak boleh? Hee~.. Korang jangan tido pulak baca taw :p Oh baju, kenapa awak cantik sangat? Butik NonaDanial jahitkan kita songket dress ni.. Amacam? Cantik tak? ;p Jangan tak tahu, baju ni mmg special for me.. Memang size kite lah cita dia :)

Sample yang kita bg kat Aunty Nona aka Ibu! :)
Tak pasti sebenarnya apa yg buat kita confident sangat nak pakai baju ni camni :p
Padahal badan tak kurus pun hokayy.. Hahaha! Yg penting confident? :p

 Tapi hasil dia!!!! Wink wink ;)


 
Jatuh cinta lagi dan lagi dan lagi tengok baju ni masa mula-mula siap dulu! Better than the sample maybe? ;p

Time ni rasa macam tak percaya! Ehh.. betul ke dah kawen ni? ;p 


I love my baju sanding to the max!!! Ramai puji baju cantik! Alhamdulillah~

Baru paham perasaan orang lain yang dah kahwin "Nak sanding lagi sekali boleh?" Sebab perasaan nya seperti raja dan permaisuri. Dah nama raja sehari kan. Makan pun dihidang. Pendek kata semualah orang buatkan. From head to toe. Alhamdulillah inilah nikmat berkahwin agaknya.. hehe~

*Btw, kite bagitahu korang satu rahsia! :p Actually owner butik NonaDanial tu MIL & FIL kite.. Hehehehe.. So dats why dapat privilege lain macam sikit! Hahahaha.. Tapi kite tak tipu, kalau korang yg takde sangkut paut pun Butik NonaDanial tak penah menghampakan taw? Diorang akan bg yg terbaik!!!! Sumpah :) Ramai yg bt dengan diorang suma puas hati.. MIL kita jahit baju mmg tiptop sangat! :)

Thanks a zillion to Butik NonaDanial and the team for making our dreams came true. Baju sanding yang Ibu buat tu memang cantik sangat, kemas & terbaik. Moga makin murah rezeki lepas ni. Kalau kita bagi servis terbaik pada orang lain, rezeki akan datang mencurah-curah InsyaAllah.

Bak kata pepatah omputeh, benda baik dibalas baik. Ehhhhh :)

Review Pelamin by Nonadanial yang meletopp sangat!

Assalamualaikum lovelies reader & silent readers ;)


Pelamin sanding by Nona Danial Bridal. To those b2b or yg nak bertunang boleh view kat Instagram diorang, not to forget pelamin untuk Aqiqah pun ade hokay? InsyaAllah eveything will be perefecto ;p
So inilah hasilnya pelamin kita on our big day. Suka sangat!!! Pelamin ni sebesar2 pentas tu :p
Thank you Butik NonaDanial. Iols memang tak cerewet sangat pasal pelamin, just bagi a few contoh and Tadaaa~ Hasil dia yg terbaik & tercantik lagi dari contoh yang iols bagi :p Tak kisahlah camna yang dihasilkan, yang penting cantik and tak berkedip mata tengok malam tu uols :p


Seriously memang jatuh cinta dengan pelamin simple. Yela lain orang lain taste kan but I prefer minimalis and end up ramai gak yang memuji pelamin ni. Syukur semua suka :') Tema white, classy and suci kot sebab semua pelamin putih and cream hehehe. Alhamdulillah! Suka sangat!

Hiasan meja beradap by NonaDanial jugak! Cantik sangat sangat sangat! 
Kena dengan taste kite :p


Okla till then :)

Happy birthday and anniversary baby!

My One & Only Raja Haziq Syazwan, Ehem~
Heres my wishes for our upcoming anniversary & your big day :)


I love you more today, than yesterday but less than tomorrow.
All I can think about is you, day and night I am lost in your thoughts.

You are the one I depend.
You are the one whom I love.
You are the one who cares for me.
I hope you love me the way I love you.

I love you so much,
you are the main part of my life and
 the best thing that has ever happened to me.

Thanks for working hard for us..
Me + U + Damia & Our Upcoming Baby!
May Allah ease everything..
InsyaAllah~ Amin!

Happy Birthday | 11 September
Happy 1st Anniversary | 12 September

Yeayyy! Kita dah kahwin :p Majlis Akad Nilkah Lydiana + Haziq~

Hi dear followers~ <3

Lepas setahun kahwin baru terpikir nak update blog.. Al maklumlahh, kite bz membiasakan diri dgn hal2 rumah tangga.. Hahaha~ :p Ayat mmg tak bleh blah hokay? ;p Just enjoy the pics okay? 
Lydiana + Haziq Syazwan12 September 2015Majlis Al Muqarabbin Bandar Tasik Selatan

Menunggu Mr. Right kite yg nervous tunggu dalam kereta :p

Ehhh! Dah sampai dah die! :p Yang baju putih iteww ~ :D

Mama bz sangat dari awal sampai abes :p

Itu Abah kita.. :) My one and only Wali :(
Al-Fatihah untuk Abah, genap sebulan Abah nikahkan kami, "lepaskan" tanggungjawab dia pada Haziq, Abah pun pergi mengadap Illahi pada 11 October 2015 pagi :(
Inalillah~! Rindu sangat dengan Abah! Tenanglah engkau disana disisi penciptaMu.. Amin..

Tiga-tiga orang kuat kita ni bz sangat taw jaga kita & nak pastikan semuanya okay.. Alhamdulillah, Tq Allah hadirkan mereka dalam hidup kite :p Cian sorang lagi Fiza, tak dpt datang.. Baju sume dah siap, last mnt rasanya nenek beliau meninggal :(


Mama selalu disisi! Mesti berat die nak lepaskan da one and only anak perempuan dia yg 'baik' ini! :p
Ehh! Baek ke? ;p

Alhamdulillah~ Everything went well :) Dengan sekali lafaz dia berjaya! Yeayy! :p
*Ehhh, over pulak kau :p*

Family sebelah lelaki :)

My dear Mother In Law! :)

Ehh! Memalu pulak senyum camtuu :p Konon2 pandangan mata pertama? *Kbai! :p

Thanks for coming korang! :) 

Tamat sudah MAJLIS AKAD NIKAH kami :)

Doorgift : Choc Muffin by D KAKES & DEZZERT

Baju akad nikah : by NONA DANIAL
Highly RECOMMENDED sangat!
Jejalan nstagram ni untuk korang yang nak kahwin, tunang, akad nikah kat area KL Selangor :)
Harga sangat berbaloi okay? Puas hati sangat! :)
Cepat2 g jejalan cuci mata kat IG tu :)


Make up : Kak Emma
Alhamdulillah~
Trusted MUA since kita tunang lagi :p
Confirm puas hati dgn harga yg super duper berpatutan! :)


Borang Nikah : DONE! Yeay~

Dear Followers,

Lama rasanya tak update kat sini.. Quite bz dengan preparation :) Alhamdulillah, last week kitorang baru settle submit for borang kahwinn!
Yeayyy~ Alhamdulillah.. Kite dah boleh kahwin! ;p

Actually kitorang drag nak submit borang nikah ni dari sebelum puasa sampai lah dah raya pun :p Post kali ni D nak share pengalaman submit borang nikah :) Alhamdulillah, dipermudahkan urusan submit mensubmit ni :) Kalau korang bebetul urgent pun insyaAllah borang ni boleh settle dlm masa 2 HARI JE.. At first hari Isnin En. Tunang bawak segala borang & dokumen lengkap ke JAIS sebab beliau orang Selangor.. sO make sure korang bawak segala dokumen yang diorang minta korang sediakan awal2..

Dokumen yang perlu ada untuk pihak lelaki (Negeri Selangor):
DOWNLOAD BORANG ONLINE ncr.jais.gov.my
1) Salinan IC Lelaki
2) Salinan IC 2 org saksi
3) Result HIV Test selama 6 bulan sahaja.
4) Surat Akuan Bujang (Boleh ambil dekat majikan yang beragama islam ataupon ketua kampung)
5) Sijil Kursus Kahwin 
6) SURAT KEBENARAN BERKAHWIN LELAKI (ini penting, approved dari imam or ketua kampung)

Sedia bayar RM10 utk diorg keluar surat kebenaran kahwin bercetak.

Dokumen yang perlu ada untuk pihak perempuan(Negeri KL):
1) Salinan IC
2) Salinan IC Wali
3) Salinan Surat Nikah Ibubapa
4) Result HIV Test selama 6 bulan sahaja.
5) Surat Akuan Bujang (Boleh suruh jurunikah signkan masa jumpa dia) / SURAT CERAI kalau korang bukan bujang
6) Sijil Kursus Kahwin 
7) SURAT KEBENARAN BERKAHWIN PEREMPUAN
*semua dokumen nak original berserta salinan. wat 2 salinan la nak selamat. pasal ade yang nak 2 salinan, ade yang nak 1 salinan.