Monday, September 5

Borang Nikah : DONE! Yeay~

Dear Followers,

Lama rasanya tak update kat sini.. Quite bz dengan preparation :) Alhamdulillah, last week kitorang baru settle submit for borang kahwinn!
Yeayyy~ Alhamdulillah.. Kite dah boleh kahwin! ;p

Actually kitorang drag nak submit borang nikah ni dari sebelum puasa sampai lah dah raya pun :p Post kali ni D nak share pengalaman submit borang nikah :) Alhamdulillah, dipermudahkan urusan submit mensubmit ni :) Kalau korang bebetul urgent pun insyaAllah borang ni boleh settle dlm masa 2 HARI JE.. At first hari Isnin En. Tunang bawak segala borang & dokumen lengkap ke JAIS sebab beliau orang Selangor.. sO make sure korang bawak segala dokumen yang diorang minta korang sediakan awal2..

Dokumen yang perlu ada untuk pihak lelaki (Negeri Selangor):
DOWNLOAD BORANG ONLINE ncr.jais.gov.my
1) Salinan IC Lelaki
2) Salinan IC 2 org saksi
3) Result HIV Test selama 6 bulan sahaja.
4) Surat Akuan Bujang (Boleh ambil dekat majikan yang beragama islam ataupon ketua kampung)
5) Sijil Kursus Kahwin 
6) SURAT KEBENARAN BERKAHWIN LELAKI (ini penting, approved dari imam or ketua kampung)

Sedia bayar RM10 utk diorg keluar surat kebenaran kahwin bercetak.

Dokumen yang perlu ada untuk pihak perempuan(Negeri KL):
1) Salinan IC
2) Salinan IC Wali
3) Salinan Surat Nikah Ibubapa
4) Result HIV Test selama 6 bulan sahaja.
5) Surat Akuan Bujang (Boleh suruh jurunikah signkan masa jumpa dia) / SURAT CERAI kalau korang bukan bujang
6) Sijil Kursus Kahwin 
7) SURAT KEBENARAN BERKAHWIN PEREMPUAN
*semua dokumen nak original berserta salinan. wat 2 salinan la nak selamat. pasal ade yang nak 2 salinan, ade yang nak 1 salinan.

No comments: