Thursday, February 14

(Day 2) Percutian Bajet Cameron Highland

Yehaaa~ Tercapai juga impian nak stay kat Cameron ni walau hanya untuk semalam. Winkwink ;) Seawal 7pg lagi D dah membulatkan mata semata-mata nak pergi Pasar Pagi.. Ngee.. Kalau kat KL, time-time tu jangan harap lah D nak bangun, sure time tu masih enak dibuai mimpi indah.*Hahaha, jangan nak inda sangat lah kan?* Lepas mandi je terus call Haziq suruh dia bangun! Yanie time tu memang macam tanak lepas bantal & katil dia coz malam tu dia tido lambat, around 3 am coz bergayut ngan Mr. 'Bakal' dia. So memang harapan lah untuk dia follow kitorang kuar pepagi camtu, keluarlah kami berdua je. Pepagi agak best sebab time tu kereta tak ramai sangat, tak sesak so senang nak bergerak carik parking semua.

Tadaa, ini antara sourvenirs for our little Angel. Dah tahu dah dia mesti suka! wink wink ;)

Memang pergi pasar pagi semata-mata sebab nak beli Strawberry mama pesan yang kononnya fresh baru dipetik pagi tadi. 

Dah habis pusing situ ontheway nak kereta terserempak lagi dgn benda alah ni.
'Dia' memang sengaja tunggu D kot kat situ, saja nak suruh beli lagi.. Hahaha..
Dalam tanak-tanak tu terbeli jugak lah 3 cucuk lagi bersamaan RM 5! ;)

Lepas tu memandangkan jam baru kul 9 lebih so kitorang shoot ke Big Red Strawberry Farm lagi! Yeahh lagi dan lagi pun takpe sebenarnya.. ;p Dalam tgh menaip pun terbayang-bayang kesedapan sundae strawberry kat situ. But pagi tu masih awal lagi, tak teringin pun nak makan aiskrim tu lagi plus maybe kedai dia pun belum buka.. :p

Pepagi lagi nampak 'kehijauan' didepan mata really made my day. Tambah lagi dengan angin pagi yang segar bugar & suasana sejuk-sejuk mengada-ngada. Hahaha..

Nearly 11am camtu kitorang terus gerak balik bilik coz check out kul 11. Setakat lambat 10-15mins apalah salahnya kann? Hahaha.. Lepas check out tu terus kitorang mencari breakfast!! :) Kedua-dua insan bernama Yanie && Haziq yang kononnya tak makan pagi pun dengan berseleranya makan kat Fern Nyonya :) Kat sini makanan dia sedap-sedap. Alhamdulillah tidak menghampakan, kenyang perut suka hati! hehe.. Harga pun okayy, waktu malam kat sini ada steamboat but tak sure pulak price dia. 

Then kitorang plan nak gerak ke rumah Incik Syuk, kawan Yanie! :) Ontheway tu Yanie bawak kitorang lalu shortcut katanya dari Tanah Rata ke Brinchang. Tetiba Haziq rasa mcm dia penah sampai tempat ni suatu masa dahulu, tak sure last dia pergi bila! ;p 

It's KHM Strawberry Farm

Haziq recommend kitorang try aiskrim strawberry dia, sebekas ni RM 2 je. Plus ade topping strawberri lagi kat atas dia. Ada kitorang perasan satu tempat tu jual RM 3 without topping! Seriously tmpt ni mmg highly recommended coz kalau nak bli jem or topping strawberry kat sini harga dia lagi murah berbanding pasar malam or tempat laen! :)

Sampai je kat rumah Syuk kena makan lagi! Yeahh M.A.K.A.N! Mak Syuk paksa juga so kitorang yang tak sampai sejam td baru melantak makan semulut dua je pun semata-mata nak ambik aty mak dia. Hehe.. Btw, mak dia sangat AWESOME! Sangat peramah, tak rasa kekok langsung, macam dah lama kenal. 

Last stop before balik :) Ladang Teh Ombak Rindu!
Elok-elok nama dia Ladang Boh semata-mata sebab Lisa Surihani & Aaron Aziz berlakon kat sana terus dapat nama glamer.. Hehe!

 Sambil duduk-duduk minum secawan teh dpt tgk permandangan indah sebegini..
Sangat PRICELESS!
Igtan pada hari KERJA esok dibuang jauh-jauh, kononnya stay sana sampai pengsan! :p
Alhamdulillah rezeki bila tetiba kawan Syuk, kebetulan kerja kat situ datang hantar seteko teh yg sangat chumel untuk 4 orang! Untuk seteko teh yang pekat rasanya + pahit berharga RM 20 :)
*Nasib tak bli sendiri, kalau tak mesti suruh diorang bagi extra air panas! Hahaha.. so bile refill bila rasa teh dia dah pahit melampau sebab lama sangat terendam :)

Alhamdulillah, segala penat lelah yang dikorbankan ke CH plus jalan yang berlikur simpang siur sampai pening-pening kepala nak muntah sangat sangat berbaloi! Rasa nak pergi lagi dan lagi :)

Thanks muchie much kepada Incik Haziq yang berhati-hati memandu sepanjang perjalanan pergi dan pulang kami. N tak lupa gak to my luvly kazen, Yanie! Thanks sanggup temankan D yang tak berapa berani nak tdo sorang! Hahaha~ :p

(Day 1) Percutian Bajet Cameron Highland

12-01-13
(To be cont) Acecehhh~ Kelakar pula guna ayat ni.


Seselesainya kami check in kat Father's Guest House tu terus masukkan barang dalam bilik and bersiap-siap untuk keluar mencari makanan! Yeahh~ Incik Haziq & Cik Yanie sangat lapar pada waktu dan ketika itu coz diorg dua-dua jenis yang tak makan pagi. Nanti sakit perut lah, gastrik lah segala penyakit datang menyerang katanya. Hehe~ Mcm D ni senang! Asal buka mata makan, tutup mata MAKAN. Even perut dah kenyang pun mulut tak boleh nak stop makan, acane tu? *Membela betul dia ni.. Hahaha~


My kazen lah jadi our tourist guide kat sana sebab suatu ketika dahulu Cameron tu ibarat rumah kedua dia.. Tetiap minggu dia gi Cameron tu jejalan :) So kitorang gi Lunch kat Anjere's Corner (otw nak ke Brinchang)! Melantak nasik goreng nasik goreng serta nasik goreng.. Hahaha. Abes acane? Tiga-tiga order nasi goreng je but pity D antara nasi goreng yg ada, D punya kurangg umphh! -________- Tapi okay lah, price utk 3 org makan & minum RM 16 je.. Takdelah semahal yang disangka kann? :)

Muahaha.. Yang di kanan penuh strawberry itu milik saya*Gila evil bunyi! ;p*
Untunglah lagi dua orang tu dah kenyang, tanak paw aiskrim saya! Hahaha ;p

Lepas dah kenyang isi perut terus kitorang shoot ke Big Red Strawberry Farm, ni memang lokasi wajib setiap kali pergi Cameron :) Bila balik KL siap boleh terbayang-bayang teringat lagi Sundae Strawberry dia.. winkwink ;) Pada mulanya sesampai je situ Haziq && Yanie dah surrender tanak makan ape-ape but setelah termakan pujuk rayu D, Haziq order juga lah Strawberry Waffle.. Hahaha.. *Nmpk tak kat situ betapa pandainya D berkata2.. Puihhh~*

Lepas perut dah kembung & mcm ular sawa dah tak larat nak melingkar lg dah kitorang still meneruskan aktiviti berjalan. Sangat menghargai setiap minit yg berlalu, maklumlah esok nak balek KL dah kan.. Hehehe.. Kitorang berjalan-jalan kat pasar malam dia pulak, seperti biasa lah tempat wajib buat semua pengunjung kat CH tu kan.. Kalau apa ja lagi aktiviti yg korang mampu buat dimalam hari? 
Thanks cuzie temankan kitorang.. winkwink ;) Really app it! <3

Mata luas je terbuka bila nampak colourful roses ni.. Rasa nak beli semua skali.. Hahaha..

Telah D cuba sedaya upaya melawan keinginan pada Strawberry Coklat ni sbb dahg kembung perut makan Strawberry Sundae td tp akhirnya terpaksa akur juga! ;p *Ayat tak boleh blah* Yang pasti tiga-tiga cucuk menjadi milik D coz Yanie dah tak lalu makan Strawberry dan dan dan yang paling beruntung sebab Haziq pun pengemar Strawberry! Hahaha.. Tamak gile! ;p jkjk! :)

Dah puas meronda kat pasar malam tu kitorang terus gerak balek bilik, sampai lebih kurang pukul 8. Then kitorang lepak-lepak lah memandikan diri :) Kul 9 camtu D dah ckp kat Haziq "U.. Jom makan maggi" "Tanak, I knyg lagi ni.. Kate lah u lapar?" *Erkss, niat tersemadi begitu sahaja!  ;p* Tapi sambil-sambil kitorang mengoogle mencarik port steamboat. around 9.30 camtuh D umpan Haziq lagi. "U, jom makan maggi" Haziq dah macam tak percaya! Hahaha.. Perut apakah ini? D sndiri tak fahami.. Lols~ ;p But at last dkt kul 10.30 camtu D berjaya juga makan maggi sorang-sorang. Hahaha.. Shgt sedap okayy? Kalau tdo hotel tak makan maggi, dah mencabar lah.. ;p Dekat-dekat kul 10 camtu kitorang keluar mencarik dinner, padahal perut masing-masing kenyang lagi tapi dah teringin Steamboat CH..

Glory 78 Steamboat Snack Corner
RM 23 per head. Min 2 kepala so kitorang ambik yg min je lah..
Itu pun tak terhabis kott.. Acane tu? :D Merangkak-rangkak kitorang nak habiskan :D

Wednesday, February 13

Percutian Bajet Ciput Cameron Highland

Alhamdulillah, Thank God! Menjadi juga plan kitorang nak ke Cameron Highland walaupun seminggu sebelum tu kitorang cuma plan plan kambing je. Tak plan-plan sungguh sungguh pun. Hotel semua cari last minit. Otw nak gerak dari KL-Sri Iskandar (nak hantar order Durian Crepe) baru lah Incik Haziq yg dipertanggungjawabkan mencari hotel call Father's Guest House kat Tanah Rata tu untuk booking 2 bilik untuk kitorang berdua.

At 1st, my kazen. Yanie yang beriya ajak kitorang stay sana tup tup last minit dia cancel coz bilik hotel melambung tinggi melampau. But alang-alang dah kitorang sampai Sri Iskandar dalam kul 12 time tu, Yanie baru bgn tdo time tu so D pun menggunakan segala helah pujuk rayu suruh dia teman juga kitorang pergi sana coz D tak berapa berani tido sorang *bukan takut okayy? hahaha.. 

View dari luar Father's Guest House!
Located across the road from Maybank in Tanah Rata, behind Twin Pines Chalets.

Kitorang sampai je kat Cameron tu kul 4 terus mencari Guest House yang Haziq call tu, tak susah rupanya nak carik, betul-betul dekat belakang Maybank Tanah Rata. Tmpt tu sangat-sangat bersih dan selesa. Jauh sekali dari apa yang D sangkakan sebab harga untuk satu bilik tak salah D RM70 semalam(toilet kat luar, bersebelah pintu bilik je pun). Kalau attach bathroom RM90 je tak salah :) At 1st, D pikirkan mesti Guest House ni dah sangat uzur, pintu toilet bila buka tutup ade menghasilkan bunyi yang sangat scary, sunyi sepi && blablabla~ Padahal jauh panggang dari api! Sesuai lah dgn bajet ciput bawah RM 100 utk satu bilik macam kami :)

Ni lah bilik yang kitorang stay :)
Large Double Room with a Queen size bed, fan, shared shower & WC,
is priced at RM 80.00.

 Kat luar bilik ada hall yang sangat luas untuk korang bt aktiviti2 dimalam hari.
Al maklumlah, Cameron setakat pukul 11 dah gelap gulita takde aktiviti dah :)

Tapi mostly yang stay kat sini semua foreigners, backpackers. Owner dia  Ms. Val, foreigner juga tapi sangat sangat peramah, ringan mulut. Rasa sangat selesa je stay sana. Kalau stay 3/4 hari pun masih berbaloi juga pada yang bajet ciput :) Kalau pergi 10 orang maybe korang bole try bilik ala ala dorm kat hostel tu. Seorang RM 20 je untuk satu katil, kalau korang nak share katil tu boleh try tanya lah. Hahaha.

Tadaaa~ Inilah dorm yang dimaksudkan :)
Kalau pergi lebih dari 5 orang best lah, kalau setakat pergi 2-3 orang,
nak ke korang bercampur ngan org lain? :D

Interested? Bole visit website ni for further information. wink wink ;) http://fathers.cameronhighlands.com/