Wednesday, February 13

Percutian Bajet Ciput Cameron Highland

Alhamdulillah, Thank God! Menjadi juga plan kitorang nak ke Cameron Highland walaupun seminggu sebelum tu kitorang cuma plan plan kambing je. Tak plan-plan sungguh sungguh pun. Hotel semua cari last minit. Otw nak gerak dari KL-Sri Iskandar (nak hantar order Durian Crepe) baru lah Incik Haziq yg dipertanggungjawabkan mencari hotel call Father's Guest House kat Tanah Rata tu untuk booking 2 bilik untuk kitorang berdua.

At 1st, my kazen. Yanie yang beriya ajak kitorang stay sana tup tup last minit dia cancel coz bilik hotel melambung tinggi melampau. But alang-alang dah kitorang sampai Sri Iskandar dalam kul 12 time tu, Yanie baru bgn tdo time tu so D pun menggunakan segala helah pujuk rayu suruh dia teman juga kitorang pergi sana coz D tak berapa berani tido sorang *bukan takut okayy? hahaha.. 

View dari luar Father's Guest House!
Located across the road from Maybank in Tanah Rata, behind Twin Pines Chalets.

Kitorang sampai je kat Cameron tu kul 4 terus mencari Guest House yang Haziq call tu, tak susah rupanya nak carik, betul-betul dekat belakang Maybank Tanah Rata. Tmpt tu sangat-sangat bersih dan selesa. Jauh sekali dari apa yang D sangkakan sebab harga untuk satu bilik tak salah D RM70 semalam(toilet kat luar, bersebelah pintu bilik je pun). Kalau attach bathroom RM90 je tak salah :) At 1st, D pikirkan mesti Guest House ni dah sangat uzur, pintu toilet bila buka tutup ade menghasilkan bunyi yang sangat scary, sunyi sepi && blablabla~ Padahal jauh panggang dari api! Sesuai lah dgn bajet ciput bawah RM 100 utk satu bilik macam kami :)

Ni lah bilik yang kitorang stay :)
Large Double Room with a Queen size bed, fan, shared shower & WC,
is priced at RM 80.00.

 Kat luar bilik ada hall yang sangat luas untuk korang bt aktiviti2 dimalam hari.
Al maklumlah, Cameron setakat pukul 11 dah gelap gulita takde aktiviti dah :)

Tapi mostly yang stay kat sini semua foreigners, backpackers. Owner dia  Ms. Val, foreigner juga tapi sangat sangat peramah, ringan mulut. Rasa sangat selesa je stay sana. Kalau stay 3/4 hari pun masih berbaloi juga pada yang bajet ciput :) Kalau pergi 10 orang maybe korang bole try bilik ala ala dorm kat hostel tu. Seorang RM 20 je untuk satu katil, kalau korang nak share katil tu boleh try tanya lah. Hahaha.

Tadaaa~ Inilah dorm yang dimaksudkan :)
Kalau pergi lebih dari 5 orang best lah, kalau setakat pergi 2-3 orang,
nak ke korang bercampur ngan org lain? :D

Interested? Bole visit website ni for further information. wink wink ;) http://fathers.cameronhighlands.com/

No comments: