Thursday, February 14

(Day 2) Percutian Bajet Cameron Highland

Yehaaa~ Tercapai juga impian nak stay kat Cameron ni walau hanya untuk semalam. Winkwink ;) Seawal 7pg lagi D dah membulatkan mata semata-mata nak pergi Pasar Pagi.. Ngee.. Kalau kat KL, time-time tu jangan harap lah D nak bangun, sure time tu masih enak dibuai mimpi indah.*Hahaha, jangan nak inda sangat lah kan?* Lepas mandi je terus call Haziq suruh dia bangun! Yanie time tu memang macam tanak lepas bantal & katil dia coz malam tu dia tido lambat, around 3 am coz bergayut ngan Mr. 'Bakal' dia. So memang harapan lah untuk dia follow kitorang kuar pepagi camtu, keluarlah kami berdua je. Pepagi agak best sebab time tu kereta tak ramai sangat, tak sesak so senang nak bergerak carik parking semua.

Tadaa, ini antara sourvenirs for our little Angel. Dah tahu dah dia mesti suka! wink wink ;)

Memang pergi pasar pagi semata-mata sebab nak beli Strawberry mama pesan yang kononnya fresh baru dipetik pagi tadi. 

Dah habis pusing situ ontheway nak kereta terserempak lagi dgn benda alah ni.
'Dia' memang sengaja tunggu D kot kat situ, saja nak suruh beli lagi.. Hahaha..
Dalam tanak-tanak tu terbeli jugak lah 3 cucuk lagi bersamaan RM 5! ;)

Lepas tu memandangkan jam baru kul 9 lebih so kitorang shoot ke Big Red Strawberry Farm lagi! Yeahh lagi dan lagi pun takpe sebenarnya.. ;p Dalam tgh menaip pun terbayang-bayang kesedapan sundae strawberry kat situ. But pagi tu masih awal lagi, tak teringin pun nak makan aiskrim tu lagi plus maybe kedai dia pun belum buka.. :p

Pepagi lagi nampak 'kehijauan' didepan mata really made my day. Tambah lagi dengan angin pagi yang segar bugar & suasana sejuk-sejuk mengada-ngada. Hahaha..

Nearly 11am camtu kitorang terus gerak balik bilik coz check out kul 11. Setakat lambat 10-15mins apalah salahnya kann? Hahaha.. Lepas check out tu terus kitorang mencari breakfast!! :) Kedua-dua insan bernama Yanie && Haziq yang kononnya tak makan pagi pun dengan berseleranya makan kat Fern Nyonya :) Kat sini makanan dia sedap-sedap. Alhamdulillah tidak menghampakan, kenyang perut suka hati! hehe.. Harga pun okayy, waktu malam kat sini ada steamboat but tak sure pulak price dia. 

Then kitorang plan nak gerak ke rumah Incik Syuk, kawan Yanie! :) Ontheway tu Yanie bawak kitorang lalu shortcut katanya dari Tanah Rata ke Brinchang. Tetiba Haziq rasa mcm dia penah sampai tempat ni suatu masa dahulu, tak sure last dia pergi bila! ;p 

It's KHM Strawberry Farm

Haziq recommend kitorang try aiskrim strawberry dia, sebekas ni RM 2 je. Plus ade topping strawberri lagi kat atas dia. Ada kitorang perasan satu tempat tu jual RM 3 without topping! Seriously tmpt ni mmg highly recommended coz kalau nak bli jem or topping strawberry kat sini harga dia lagi murah berbanding pasar malam or tempat laen! :)

Sampai je kat rumah Syuk kena makan lagi! Yeahh M.A.K.A.N! Mak Syuk paksa juga so kitorang yang tak sampai sejam td baru melantak makan semulut dua je pun semata-mata nak ambik aty mak dia. Hehe.. Btw, mak dia sangat AWESOME! Sangat peramah, tak rasa kekok langsung, macam dah lama kenal. 

Last stop before balik :) Ladang Teh Ombak Rindu!
Elok-elok nama dia Ladang Boh semata-mata sebab Lisa Surihani & Aaron Aziz berlakon kat sana terus dapat nama glamer.. Hehe!

 Sambil duduk-duduk minum secawan teh dpt tgk permandangan indah sebegini..
Sangat PRICELESS!
Igtan pada hari KERJA esok dibuang jauh-jauh, kononnya stay sana sampai pengsan! :p
Alhamdulillah rezeki bila tetiba kawan Syuk, kebetulan kerja kat situ datang hantar seteko teh yg sangat chumel untuk 4 orang! Untuk seteko teh yang pekat rasanya + pahit berharga RM 20 :)
*Nasib tak bli sendiri, kalau tak mesti suruh diorang bagi extra air panas! Hahaha.. so bile refill bila rasa teh dia dah pahit melampau sebab lama sangat terendam :)

Alhamdulillah, segala penat lelah yang dikorbankan ke CH plus jalan yang berlikur simpang siur sampai pening-pening kepala nak muntah sangat sangat berbaloi! Rasa nak pergi lagi dan lagi :)

Thanks muchie much kepada Incik Haziq yang berhati-hati memandu sepanjang perjalanan pergi dan pulang kami. N tak lupa gak to my luvly kazen, Yanie! Thanks sanggup temankan D yang tak berapa berani nak tdo sorang! Hahaha~ :p

No comments: